Tuesday, July 8, 2014

Rekod Bergaduh

Aku tak ingat bila kali terakhir aku bergaduh zaman bujang dulu. Ecewah. Sebab aku ni jenis straightforward, headstrong, outspoken, dan macam-macam lagi lah pendek kata aku ni ada ciri-ciri superhero sebab pantang nampak benda tu bengkok, aku nak perbetulkan (kalau takde orang lain yg nak berbuat demikian). Dari zaman aku sekolah, kalau aku nampak orang membuli orang, aku akan campur tangan. Fizikal aku takdelah besar atau kuat, tapi mulut aku boleh tahan la pedasnya. Tapi aku berpedas-pedasan pada tempatnya ok. Dah orang tu buat salah aku memang tak reti nak bermanis mulut lagi dah. (Aku memang tak suka mengayat pong..hihi). Zaman kecik-kecik takyah cerita lah, aku terus bagi penumbuk pada sesiapa yang buat aku sakit hati..haha! Masa tu aku tak timbang, aku bengang je nah amik kauu. Sekarang aku dah reti main timbang-timbang, eheh. Bukan main dacing.

Selepas aku berkahwin, aku selalu gaduh dengan laki aku je. Banyak masa aku yg salah, tapi kadang-kadang laki aku pun buat flaw. Tapi takpe, itu bukan main objection aku menulis harini. Biasalah laki bini gaduh woi. Tujuan terutamanya aku menulis entri kali ni ialah nak cerita pasal mangkuk ayun yg dah bergaduh dengan aku, a.k.a STRANGERSSS.

Pertamax, suami adik aku. Aku tak tau sangat mana punca semua kebencian, keirihatian, kebengangan dia dengan aku sebab aku ni malas nak prasangka buruk kat orang. Aku hidup macam biasa sampailaaa hari aku lepas bersalin haritu. Aku stay kat rumah mak aku. Masa tu baru aku tau mamat ni ada problem. Dia bergaduh dengan adik aku tak silap. Siap datang rumah serang-serang (bajet hindustan gamaknya). Mak aku pun nangis-nangis. Ye la, orang laki gaduh dengan orang pompuan takkanla orang laki pulak yang menangis. So aku pun naik bengang aku cakap dengan mak aku takpayah layan orang macam tu. Aku tak ingat apa isunya tapi aku ingat yang part bergaduh je la. Lulzz. Masa tu mak aku tengah on-call dengan dia, so dia pun dengar. Terus dia datang lepas tu gaduh dengan aku pulak. Kalau ikutkan memang macam haram la, aku dah la tengah pantang, apa lelaki gemuk sihat walafiat nak buat bergaduh dengan aku pulak. Tapi aku ni takdela tisu sangat. Dia cari pasal, aku on je gaduh balik. Anak aku tengah tido pulak tu so aku tutup pintu dan teruskan bergaduh. Makian semua keluar. Seriously aku pikir balik semua ni buat aku sedih dan taknak balik rumah mak aku. Masa tengah bergaduh tu, boleh pulak adik aku ni backup suami dia dan pukul aku. Walaupun aku mampu balas balik, tapi weyyyhh aku tengah pantang kot yahudi betul perangai pukul perempuan tengah lemah (kalau aku tak pantang maybe aku lebih maskulin). Takde siapa pun tolong aku masa tu. Walaupun aku sedih dan rasa dikhianati, tapi aku gaduh jela, aku tak kisah dah. Yang bininya (adik aku) gaduh dengan aku secara fizikal, yang lakinya menyemak nak torture mental aku. Serious perangai yahudi. Mak aku serba salah nak tolong siapa. Tapi aku memang la..sedih macam siot mak aku pun tak backup aku yg lemah ni. Last-last adik lelaki aku yg baru balik dari surau (hari tu Jumaat, so dia balik dari solat Jumaat la) yg tolong aku. Dia leraikan, pastu bagi ceramah sikit kat mangkuk dua ekoq tu. Walaupun dia bukan taraf ustaz (dia punya ceramah tu) tapi serious aku terharu gila babenggg dialah satu-satunya orang yg tolong aku masa tu. Aku terus give-up dan masuk dalam bilik. Aku tengok anak aku, aku sedih. Aku cuba tidur. Tapi aku tak tidur pun aku call kawan baik aku dan cerita semua. Dia tumpang simpati. Aku bagitau laki aku, dia speechless. Aku sedih gilaaa. Adakah laki aku akan backup aku kalau dia ada tadi? Aku sangat ponder, dan haritu memang sedih bagi aku. Kesian anak aku, sebab mak dia ni ada musuh tak pasal-pasal. Tahap serious tu dah macam sh*t. Petang tu before laki aku balik baru mak aku masuk bilik dan mintak maaf sebab tak tolong aku tadi. Aku dah whaaaaaaattt. Sadis kan. Aku rasa laki aku pun menyampah dengan mangkuk tu dah. Sampai sekarang. Dan hikmahnya aku dapat tau, yang mangkuk tu tak suka dengan aku pun since before dia kahwin dengan adik aku tu. Dia jelous tengok aku dengan laki aku. Dasar hati busuk. Itu jela yang aku mampu cakap.


Kedua, baruu je berlaku. Kat tempat kerja. Aku nak story lebih-lebih pun tak guna. Basically mangkuk ni suka suruh group aku buat kerja dia, enuff said. Benda ni dah agak berlarutan, dan takde sesiapa pun tegur. Kalau iye pun dia akan cakap "kan kerja korang" gitulah. Bila salah sorang group aku takde, akulah yang kena buat padahal aku sepatutnya tak buat pun. Ni aku jadi berkira sebab dia letak beban kerja tu kat kitorang, sampaikan kalau benda tu kena reject confirm nama kitorang yang akan dijual dan dia nampak innocent. Memang tahi kan? So akhirnya aku pun buat tindakan offensive dan hantar emel pada dia. Ayat aku memang pedas pun, just to state my ground. Tapi masyaAllah mangkuk ni mengalahkan orang pompuan period. Aku kali kedua lah kiranya jumpa mangkuk yang separa pondan macam ni. Bersiri-siri emel keluar, dia nak menang jugak. Dia boleh pulak dok cerita kalau benda tu kena reject bla bla. Aku kesah apa? Aku nak suruh dia buat kerja sendiri je.. susah ke? Alih-alih dia pusing kata aku pulak yang tak buat kerja. Kalau ikutkan malas da aku nak layan si biol ni, tapi aku tak suka jugak dia syok sendiri, so aku pun fight fight fight. Last-last dia suruh aku berambus setelah mengatakan bulan puasa ni kena menyucikan hati bla bla, aku fitnah dia la, dia nak bawak benda ni naik HR dan sebagainya. In the last email aku pun gelak sakan, lagi menghanjing dia cakap hati dia memang suci murni bersih sebab tu boleh suruh orang berambus. Lepas tu aku pun balik rumah, sebab laki aku dah sampai. Next week je terus dia mai ke HQ dan gaduh dengan aku. WTF man? Terhegeh sangat nak gaduh dengan aku face-to-face? Serious aku dah jemu dengan semua ni. Aku sambil-sambil buat kerja dia dok berdiri belakang aku dan jerit-jerit. Mungkin dia fikir aku akan back-off dan minta maaf. But hell no, aku pun jerit balik. Bila dah habis modal dia claim aku kurang ajar pulak. Aku ni pun bukannya boleh dok diam, aku kata balik, 'habis tu kau tak kurang ajar la?'. Aku dok pelik dia panas bontot tu apehal tah. Ade je orang lain yang aku pernah 'remind' diorang pasal kerja, takde pun diorang melenting memekak macam pondan ni. In the same case kalau ada orang lain 'remind' aku pulak aku takdela nak mengamuk macam hilang akal. Mesti dia pikir dia tough sebab mampu bergaduh dengan aku kat HQ ni. Seriously what a joke. Bila dia tanya dan aku menjawab dia suruh aku diam. Ini la ciri-ciri orang bangang yang aku pernah take note; dia cakap boleh, orang lain cakap tak boleh. Suruh diam, dan listen pada dia. Pfffft. Tapi aku takdenya nak dengar cakap dia, aku sound je balik. Pergi mati la dia.sheeeshhh. Aku dah la agak bz. Finally akak depan aku ni suruh dia keluar dan pergi tenangkan diri.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PENATLAH AKU JUMPA ORANG-ORANG BODOH MACAM NI.


Thursday, July 3, 2014

Kadang-kadang terkecil hati juga

Aku dah berazam taknak buat bukan-bukan lagi. Aku dah berjanji pada diri sendiri kalau nak mengamuk tu berpada-pada, takde meroyan macam orang tak betul. Ye, aku stress. Tapi aku akan cuba kuatkan diri untuk mengunci mulut dari keluarkan ayat yang makan dalam.

Baru-baru ni aku teringin sangat nak makan sambal udang. Udang kecik ke besar ke tak kisah, janji udang. Kalau tambah petai lagi la teringin. Kejadian tu pulak berlaku pada waktu hujung bulan. Orang non-gomen macam aku ni manalah dapat gaji lagi. Tapi kalau korek-korek tabung / duit simpanan boleh la buat beli udang mentah untuk masak. So aku pun bersemangat gila nih nak beli udang!

Sampai je kat kedai runcit antarabangsa tu (bukan kedai melayu), aku pegi kat bahagian belakang and guess what, udang besau gedabak (saiz XXL tak silap aku) cuma RM31.90 sekilogram. Bagi aku itu affordable sebab aku bukan nak beli 2 3 kilo, nak berapa gram je. Tengah berangan-rangan nak masukkan udang dalam plastik, tetiba je laki aku kata "Ayg jgn beli dlu. Nanti dpt gaji baru kita beli ea." Hancur luluh la hati aku waktu tu. Rasa nak menangis jek. Aku dah la suspek pregnant. Ngidam sangatsangatsangat. Aku tak kata apa, aku letak je plastik tu balik.

Selang beberapa hari dah dapat gaji, aku laju-laju pegi kedai tu balik (semalam dah usha, udang tu masih ada). Tapi aku lagi la broken bila udang tu langsung habis. Terdiam. Aku cuma amik sayur je beli. Tu pun lapan posen lebih. Sad.

Aku takde rezeki lagi sampai harini nak masak udang. Dah berapa kali tah aku telepon mak aku, tanya ada pegi beli ikan/udang tak. Jawapannya semua nope. Mak aku tak tau aku ni mengandung. Kalau dia tau maybe dia work hard sikit kot belikan aku udang..hehe haha!

Laki aku nampak la muka serba salah dia sebab halang aku beli udang tempoh hari. Masa makan kat luar (lepas adegan udang habis kat kedai tu) dia order udang celup tepung. Tapi apalah sangat, 6 ekor je. Pulak tu mana boleh request nak sambal udang. Nak kata aku ngada2 lantak pi la, aku yang mengandung bukan orang lain. Tekak tak sama. Aku tau dia nak amik ahti aku je masa tu. Aku pun makan.

Tapi serious, sejak kes tak dapat udang tu, aku touching gila bila sebut udang. Nah, aku fire pulak laki aku kat facebook (inbox message) harini tapi laki aku tak baca pun sebab dia dah blah kot dari pc dia? I dunno.

Aku masih sedih.


Tuesday, April 29, 2014

Hangin

.
.
.
.
Harini aku baca ni (dapat dari news feed facebook), aku rasa tak best (pissed off)


Dalam perjalanan pulang ke rumah, seorang ayah bertanya kepada anak lelakinya yang berusia 7 tahun...
Ayah : "Adik faham tak kuliah yang ustaz sampaikan di masjid tadi?". Anak : "Faham..ayah.."
Ayah : "Apa yang adik faham?"
Anak : " Ustaz tadi kata.. seorang anak wajib lebih mengutamakan ibunya daripada ayahnya".
Ayah : " Selepas tu? "
Anak : " Ibunya "
Ayah : " Selepas tu? "
Anak : " Ibunya "
Ayah : " Selepas tu? "
Anak : " Selepas tu barulah bapanya "
Ayah : " Jadi berapa ibunya? "
Anak : " Tiga "
Ayah : " ...dan berapa bapanya? "
Anak : " Satu "
Ayah : " Adik ada berapa ibu? "
Anak : " Satu "
Ayah : " jadi adik kurang berapa lagi ibu? "
Anak : " Kurang lagi dua "
Ayah : " Haa... Kalau macam tu, sampai rumah nanti cakap dengan ibu macam tu ye..."

So itu alasan nak beristeri lebih la? 

Sebelum kau nak beristeri dua tiga empat, kau tu dah cukup pendapatan ke? Isteri yg sorang tu dah cukup ke kau sara zahir batin? Mampu ke nak menyara isteri lebih dari satu? 

Gerenally, orang perempuan memang tak suka topik poligami ni. Sebab apa, lelaki banyak berlaku tidak adil. Hatta isteri seorang pun tak mampu nak bahagiakan, lagikan nak tambah cawangan sampai empat. Tak takut hari Hisab? Dari seorang isteri, kalau direzekikan Allah anak perempuan, dah cukup menakutkan sebab boleh menarik si bapa tu untuk masuk ke neraka andainya gagal membimbing anak tersebut. Kalau dengan isteri dah gagal didik (dedah aurat dibiarkan dsb), tambah lagi dengan seorang anak perempuan, macam mana nak menjawab dengan Tuhan? Itu kalau seorang anak perempuan. Kalau ada lima orang anak perempuan, semuanya tak patuh syariah? Nauzubillah. 

Bertapa tak takutnya lelaki-lelaki yg hendak berpoligami ni terhadap tanggungjawab dunia akhirat. Lagi mau tambah cawangan. 

Kepatuhan terhadap ibu adalah 3 kali lebih utama dari bapa, itulah maksud sebenarnya yg Nabi suruh kita buat. Sunnah + wajib. 

Jadi orang Islam kita yang tak berapa mantap imannya sesukahati diorang je interpret benda ni jadi ikut hawa nafsu. Ingat seronok je ke? Benda lebih penting yang Nabi suruh seperti sembahyang berjemaah tak pula dibuatnya, tapi bab kahwin laju je. Sigh -__-"

Ok aku hangin harini. So be it.

Thursday, March 20, 2014

There Goes

Last post aku tulis pasal facebooking tu, well it doesn't work. I'm still there.

Apepun, sebab ramainya orang yang aktif ber-facebook, aku jumpa beberapa benda menarik yang sesuai aku jadikan teladan dan azam aku untuk hari-hari seterusnya. Hehe. Antaranya ialah cerita isterin solehah mati tidak diseksa etc. Aku ambil beberapa point penting yang aku sendiri nak buat setelah baca semua tu.

TAAT, tidak pernah membantah atau meninggi suara.

Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun suami tidak kongkong. Kalau nak cakap, akan minta izin.

Tidak bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat.

Jaga harta suami dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata.

Tidak pernah minta sesuatu yang tak mampu suami tunaikan.

Menjaga aurat, hatta kepada ipar sendiri.





InsyaAllah aku boleh buat semua tu. Aku risau bila aku tengah kurang akal though,.. that is aku tengah mengamuk macam kena rasuk dan cakap bukan-bukan. Akan tergugurlah semua amalan baik aku pada suami..huhu T__T must avoid that.

Aku kena disiplin diri untuk dapat yang terbaik dunia akhirat. 

Wednesday, January 22, 2014

Oh??

Baru perasan, aku ni rupanya tak havoc langsung. Gambar yang ditangkap semua muka blur, tak pun plain. Which is very sad sebab aku membayangkan muka yang dalam gambar tu ceria gila-gila. Well, nopee.

Aku malu kot?

I mean, kalau selfie, tak lah malu mana sebab takda sapa tengok masa prosesnya. Tapi kalau orang lain tangkapkan gambar tu, nak meneran muka aku rasa aku tak daya..maluuuu. (Walaupun kadang-kadang selfie tu akan ter-dilihat orang lain). Errr. Malu lah jugak.

So aku ni pemalu lah?

Generally, yes. Maybe. I think yes. Sebab kalau aku cukup tak malu, aku peduli apa orang nak tengok muka aku gedik-gedik ituww. Oh mak.

Anyway. Disebabkan muka aku semua boring, tak layak nak jadi bahan menenangkan fikiran bila dilihat, aku kesulitan nak edit Header blog ini. Aku tidak photogenic, mahupun photogedik - gambar aku boooooringg. Tapi nak jugak Header bergambar. Aku suka gambar. Sobs. Dah tua pun suka tengok gambar. Macam budak je. Haha. Kang letak gambar laki dan anak aku kang... eh tapi blog aku, so kenalah ada gambar aku? Ke takpayah? Confuse.

Bab tak photogenic tu, aku rasa sebabnya aku tak lawa kot. So semua gambar tak nice. Lain la laki aku, and anak aku...sungguh photogenic depa. Tapi aku tak jeles, bangga ada la. Kihkih.. Bukan aku yang nak menghadap muka aku. Mungkin juga bagi aku muka aku tak lawa, tapi laki aku tengok lain. Wawawa. Layankan aje keperasanan ini. Ok tak baik bangga, bersyukur.

So.... tujuan sebenar tulisan kali ini adalah untuk selfremind aku nak edit Header blog ni. Preferably nak photoshopkan gambar-gambar aku. Dan family. Tak tau nak tema apa lagi. Still brainstorming..arrghh.


Daaann juga nak membuang habit aku login Facebook almost everytime. Herghh. Tak suka sebenarnya. Boring. What I did all this time is stalking people! O.O Hello? I've got a better life than doing that. So that's enough.

....

OK dulu memang stalk orang. And that person is now my husband. So no need to stalk anymore, right? No no no... kena stalk juga sikit-sikit. Mana tau ada benda penting. Hewhewhew. So I'll make it less this time, maybe as starters once a day. Lepastu boleh once every two days and so on. Yeah that's the spirit.

Rasanya banyak ni aje kot aku tulis-tulis kali ni. Chill !



P/S : Seafood kat Sabah murah. Jelesnyaaa ! #takpasal2






Friday, August 23, 2013

Masalah

Salam.

Semenjak kebelakangan ni, aku asyik baca blog. Dipendekkan cerita,
banyak  orang tanya pasal relationship, samada suami isteri, boyfriend girlfriend, kawan, kawin, dgn ibu bapa.. 

Tentang kawan dan kawin ni common. Cerita pasal parents yg perangai tak senunuh? Pun ada. Mak maki anak.. bapak perangai tak semenggah.. macam2. (Kalau jadi parents tu biar cantik sikit perangai... stop the chain yg buruk2 =,=")


Pasal suami isteri...kes ni popular. Banyak juga yg tanya pasal tersangkut dengan suami orang. Lelaki bujang di luar masih ramai... kenapa nak suami org? Pepatah "easy come easy go" rasa macam nak tempek2 je di dahi wanita2 yg ambil kesempatan ni. Nak suami org sbb tak perlu bersusah2 dahulu, terus senang, ada rumah, kereta, harta...ye tak? Tapi come and think about it, kalau dah senang awal2, nanti akhir2 kemungkinan besar akan susah.  Mana ada pantai yang tak dilanda ombak.


Ada yg dilema bagai sbb kononnya suami org tu 'sangat' baik.. padahal kes kena tipu je. Lagipun, adakah anda percaya lelaki yg telah curang kpd isteri utk tidak curang kpd anda? Mungkin anda ke-2 dalam hidup lelaki tu, dengan kata lain, cinta kedua. Tapi sebab anda yg ke-2 lah, tak mustahil akan ada yg ke-3 dan ke-4 dalam hidup lelaki tu selepas anda... menggunakan modus operandi yang exactly sama dan copy paste je.


Tak dinafikan ada juga isteri orang yg buat perangai, curang dsb.. Asalnya sama, kurang penghayatan kepada agama tak kira lelaki atau perempuan. Itu memang memeritkan hati, limpa, jantung, otak dan segala organ pasangan kepada insan yg berlaku curang tu..huhu. Paling penting, berdoa kepada Allah dan lakukan yg terbaik untuk diri sendiri dan pasangan.


Percaya pada Allah, dan berpegang kpd "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik". Mintalah doa supaya kita dan pasangan sentiasa berkasih sayang kerana Allah dan dipanjangkan jodoh hingga ke syurga Allah. InsyaAllah..








#Ustazah mode! Haha. XD

Wednesday, May 22, 2013

Dinner Time !

Salam,

Starting fresh and new, sesungguhnya tulisan ini semata-mata utk mengisi masa terluang takda kena mengena dengan berlagak atau tunjuk pandai. Maybe one day (soon) hubby akan tahu yg aku ada blog. XP and he'd nudge me to let him read. Mungkin.








Sebelum masa tu sampai, biarlah aku lenjan menulis semahu-mahunya~! X3


Here it goes.


Malam ni aku masak Ayam masak kicap. My dear hubby-tubby kata dia suka lauk tu sebab warna dia dan texture dia. Tapi aku lebih suka yg warna merah~ sambal / masak merah. Tapi apa boleh buat, masak je la. Yang nak makan dia jugak kan. So aku cuma bersikap adil. :3 


Masak punya masak, sekali nasi tak jadi lagi.. (lorrr)





Perasaan akubagaikan PUsheen yg sedang bersedih. Jadi aku pun cepat2 masak nasi tu, (nasib baik belum kejutkan hubby bangun makan). Dia tidur sebab demam so biarlah dia layan tidur tu lama sikit.

Sewaktu ni baby dalam perut aktif menendang dari dalam.huhu. yes. Its kicking me from inside my tummy. Sejak mula memasak tadi sebenarnya. Baby teman mama kot? :3


Bila dah siap masak nasi tu tentulah aku hidang. Cemerlang tak? XP
OK ini shj utk kali ini. buBbye